5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Temuduga | Selepas habis belajar, perkara pertama yang perlu dilalui oleh setiap orang adalah mencari pekerjaan. Tetapi bukan senang nak dapat kerja, kenalah pergi temuduga kerja dahulu. Tetapi semasa temuduga kerja, ada perkara yang ada boleh buat, ada perkara yang anda tidak boleh lakukan.
Pertama sekali jangan nampakkan diri anda menggelabah dan takut. Selain itu semasa temuduga, jangan sekali-kali menggangu penemuduga dan jangan menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap. Kemudian…
1. Bertanya mengenai cuti/cuti sakit
Ini merupakan soalan lazim mereka yang ditemuduga dan memanglah cuti itu penting, tetapi tak perlu lah gopoh bertanya sedangkan anda belum lagi diambil bekerja. Selalunya syarikat penemuduga akan memberitahui informasi mengenai cuti tanpa ditanya pun.
2. Jangan terlalu yakin
Keyakinan merupakan asas kejayaan tetapi kalau terlalu yakin pula mungkin akan membuatkan penemuduga merasakan yang anda mungkin mempunyai sikap belagak. Jangan gunakan ayat “Saya paling hebat dalam bidang ini”, “Tak ada orang lain yang lebih layak dari saya.”, ayat- ayat seperti ini kedengaran agak egoistik dan dah tentu anda tak mahu tanggapan buruk dari pemenuduga anda.
3. Tanya mengenai gaji di awal temuduga
Jangan terkejut kerana memang anda di antara calon temuduga yang berani bertanya hal gaji sewaktu awal temuduga. Semacam tak sabar-sabar pula pasal hal duit. Jika anda asyik bertanyakan hal duit, takut penemuduga anda ingat anda ini mata duitan pula, berbanding minat untuk bekerja. Dan cuba untuk elakkan dari meminta gaji yang tidak munasabah ya.
4. Jangan mengutuk bekas majikan
Walau seburuk atau seteruk manapun bekas majikan anda, jangan sekali-kali mengutuk atau memburukkan mereka di depan penemuduga. Ia akan membuatkan anda nampak tidak profesional dan juga mempunyai sikap buruk iaitu mengumpat dan ini merupakan satu sifat yang tidak sihat di dalam institusi sesebuah syarikat.
5. Jangan menakut-nakutkan penemuduga
Soalan lazim penemuduga adalah “Dimana anda lihat diri anda 10 tahun akan datang?”. Jangan sesekali menjawab “Saya mungkin akan berada di tempat anda.” Jawapan sebegini bukan saja berbunyi egoistik, malah akan menakutkan dan membuatkan penemuduga tidak selesa. Tips disini, ada boleh beritahu mereka mengenai pengalaman kerja yang bakal anda dapat serta tanggungjawab anda terhadap kerja yang bakal anda dapat.
0 comments:
Post a Comment