Monday, February 17, 2014

5 Jenis Orang Yang Perlu Dijauhi Di Tempat Kerja


5 Jenis Orang Yang Perlu Dijauhi Di Tempat Kerja
 | Perlu ingat bahawa kita bekerja bukan setakat sebulan dua tapi kalau kena gayanya, betul caranya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana tempat kerja dan paling penting rakan sekerja yang baik, yang tidak banyak kerenah, barulah kerja berjalan dengan baik.
Tapi tidak semuanya baik, masalah rakan sekerja yang punya pelbagai ragam juga boleh menyebabkan kerja kita jadi terbantut. Oleh, itu, kamu perlu ketahui antara jenis orang yang perlu kamu jauhi di pejabat.

Si Busuk Hati
Individu sebegini ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikatakan orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.
Kaki Kipas
Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.
Peminjam Duit Tak Ganti
Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunyai masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.
Pemalas & Kuat Ponteng
Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.
Kaki Gosip
Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!

Etika Pakaian Ketika Temuduga


Etika Pakaian Ketika Temuduga Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan imej kerajaan. Pakaian anda tidaklah terlalu seksi atau berlebihan. Solekan pada muka anda juga janganlah keterlaluan. Juga jangan pakai barang kemas yang terlalu menonjol.


Anda pernah berurusan dengan pejabat kerajaan? Setidak-tidaknya anda pernah berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan. Anda lihat cara mereka berpakaian? Itulah cara kakitangan kerajaan berpakaian.

Pakaian Perempuan Ketika Temuduga






Pakaian Lelaki Ketika Temuduga






5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Temuduga


5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika TemudugaSelepas habis belajar, perkara pertama yang perlu dilalui oleh setiap orang adalah mencari pekerjaan. Tetapi bukan senang nak dapat kerja, kenalah pergi temuduga kerja dahulu. Tetapi semasa temuduga kerja, ada perkara yang ada boleh buat, ada perkara yang anda tidak boleh lakukan.

Pertama sekali jangan nampakkan diri anda menggelabah dan takut. Selain itu semasa temuduga, jangan sekali-kali menggangu penemuduga dan jangan menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap. Kemudian…
1. Bertanya mengenai cuti/cuti sakit
Ini merupakan soalan lazim mereka yang ditemuduga dan memanglah cuti itu penting, tetapi tak perlu lah gopoh bertanya sedangkan anda belum lagi diambil bekerja. Selalunya syarikat penemuduga akan memberitahui informasi mengenai cuti tanpa ditanya pun.
2. Jangan terlalu yakin
Keyakinan merupakan asas kejayaan tetapi kalau terlalu yakin pula mungkin akan membuatkan penemuduga merasakan yang anda mungkin mempunyai sikap belagak. Jangan gunakan ayat “Saya paling hebat dalam bidang ini”, “Tak ada orang lain yang lebih layak dari saya.”, ayat- ayat seperti ini kedengaran agak egoistik dan dah tentu anda tak mahu tanggapan buruk dari pemenuduga anda.
3. Tanya mengenai gaji di awal temuduga
Jangan terkejut kerana memang anda di antara calon temuduga yang berani bertanya hal gaji sewaktu awal temuduga. Semacam tak sabar-sabar pula pasal hal duit. Jika anda asyik bertanyakan hal duit, takut penemuduga anda ingat anda ini mata duitan pula, berbanding minat untuk bekerja. Dan cuba untuk elakkan dari meminta gaji yang tidak munasabah ya.
4. Jangan mengutuk bekas majikan
Walau seburuk atau seteruk manapun bekas majikan anda, jangan sekali-kali mengutuk atau memburukkan mereka di depan penemuduga. Ia akan membuatkan anda nampak tidak profesional dan juga mempunyai sikap buruk iaitu mengumpat dan ini merupakan satu sifat yang tidak sihat di dalam institusi sesebuah syarikat.
5. Jangan menakut-nakutkan penemuduga
Soalan lazim penemuduga adalah “Dimana anda lihat diri anda 10 tahun akan datang?”. Jangan sesekali menjawab “Saya mungkin akan berada di tempat anda.” Jawapan sebegini bukan saja berbunyi egoistik, malah akan menakutkan dan membuatkan penemuduga tidak selesa. Tips disini, ada boleh beritahu mereka mengenai pengalaman kerja yang bakal anda dapat serta tanggungjawab anda terhadap kerja yang bakal anda dapat.

Apa Itu Frog VLE?


Apa Itu Frog VLE?Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. 

Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.